Khamis, 18 Disember 2008

Calon PRK Kuala Terengganu - PAS Dapatkan Pandangan Semua Pihak

Kuala Terengganu - PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk sebelum
menentukan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum, 17 Jan depan.

Presidennya, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan calon yang mempunyai
ketokohan adalah sangat penting dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dalam usaha PAS merampas
kerusi parlimen tersebut daripada Barisan Nasional (BN).

"Saya kena tunggu laporan daripada semua pihak, daripada cawangan, daripada kawasan-kawasan dan
negeri. Begitu juga kita (PAS) akan melihat post mortem pilihanraya yang lalu, akan dikaji secara terperinci,


”dan kajian dibuat di bawah, kerana kita perlu melihat bukan saja penyokong-penyokong PAS termasuk
pengundi-pengundi, keperluan masyarakat dan kita semua tahu kawasan itu kawasan bandar dan kawasan
hampir bandar,

”sudah tentulah mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dengan kawasan pilihan mereka. Itu kita
akan kaji,” katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau yang baru pulang mengerjakan ibadah haji berkata terlalu awal untuk menerima secarang laporan
buat masa ini, termasuk laporan tentang calon, kerana beliau baru tiba semalam (16 Disember).

Namun begitu menurutnya calon yang akan bertanding atas tiket PAS akan dapat diketahui selepas mesyuarat politik dan Mensyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

”Proses pencalonan dalam PAS mesti diserah kepada Pusat, dan jawatankuasa politik dan Majlis Syura Ulama’ yang akan meluluskan calon itu layak ataupun tidak,”katanya dan memaklumkan bahawa mesyuarat yang paling hampir adalah pada 21 Disember.

Apabila ditanya tentang pencalonan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu, beliau berkata ia adalah satu
pandangan daripada pelbagai pandangan lain yang akan diambil kira, termasuk pandangan dari para
’bloggers’.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin PAS akan memenangi pilihanraya kecil Kuala Terengganu
berdasarkan post mortem lalu dimana PAS memperolehi undi yang tinggi di dalam setiap kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN).

“InsyaAllah peluangnya baik, melihat kepada undi yang kita capai di peringkat DUN...minoritinya agak..boleh
memenangkan, kalau dicampur di DUN itu. Itu satu faktor yang sangat penting yang akan kita lihat,”katanya

Menurutnya beliau sendiri akan turun padang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding.


sumber : buletin online

Tiada ulasan: