Sabtu, 31 Mei 2008

SELAWAT KE ATAS BAGINDA NABI SOLLALLAHU’ALAIHIWASALLAM: MENGAPA KITA SERING TERLUPA???

" Marilah kita tidak lupa untuk sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Sollallahu’alihiwasallam"

Di manakah biasanya kita sering mendengar ucapan di atas di ungkapkan? Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, itulah salah satu daripada peringatan dari khatib di atas mimbar Jumaat setiap kali khutbah Jumaat disampaikan. Persoalannya, setakat mana kita sebagai umat Islam mengambil pengajaran? Ataupun sekadar menjadi halwa telinga tetapi amalan berselawat ke atas Baginda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam ditinggalkan???

Amat malang bagi umat Islam hari ini apabila mereka gagal menjadikan selawat ke atas Baginda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam sebagai wirid harian. Peliknya, mereka mampu menjadikan lagu-lagu nyanyian para artis pujaan mereka sebagai zikir yang tidak pernah dilupakan. Kenapa ya?? Kemudian mengaku dengan mulut; "Aku cinta Allah, aku cinta RasulNya Sollallahuálaihiwasallam"

SYARAT KEPADA CINTA ITU ADALAH SEIRINGAN

Persoalannya, benarkah kita benar-benar sayang kepada Baginda Nabi Sollallahuálaihiwasalam? Sekiranya benar, sudah pasti kita bersedia untuk melaksanakan setiap apa yang diperintahkan oleh Baginda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam serta meninggalkan apa yang dilarang oleh Bagida Sollallahu’alaihiwasallam. Sesungguhnya sifat cinta dan sayang kepada Baginda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam menjadi satu kewajipan bagi setiap hambaNya yang mengaku beriman kepada Allah sebagaimana yang disebut dalam hadis Baginda Sollahu’alaihiwasallam.

" Cintalah Allah kerana dia melimpahkan nikmatNya kepada kamu, dan cintakanlah Aku(Rasulullah) kerana mencintai Allah, dan cintalah ahli baitku kerana mencintaiku"

Dalam hadis lain Baginda Sollallahu’alaihiwasallam bersabda;

" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintaiku lebih dari dia mencintai ayahnya, anaknya, dan sekalian manusia"

Mencapai kecintaan dari Allah Taala dan RasulNya Sollallahu’alaihiwasallam adalah suatu kejayaan dan anugerah yang sangat besar dari Allah Taala. Inilah matlamat perhambaan kita kepada Allah Taala selama ini. Inilah perkara yang kita idam-idamkan. Mengucapkan dengan mulut " Aku sayang Allah, aku cinta Rasul Sollallahu’alaihiwasallam" memang mudah, tetapi adakah rasa cinta dan sayang ini mendapat perhatian dari Allah Taala dan RasulNya Sollallahu’alaihiwasallam? Adakah apa yang diungkapkan di bibir-bibir kita seiringan dengan amalan yang kita lakukan? Allah Taala dan Rasulullah Sollallahu’laihiwasallam tidak berhajat kepada cinta kita, tetapi kitalah yang sangat berharap untuk memperoleh kecintaan daripada Allah Taala dan Baginda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam

Apabila berada pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama untuk tidak lupa memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah Sollallahu’alihiwasallam. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atas Rasulnya dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat. Apakah yang dimaksudkan selawat Allah ke atas hambanya? Selawat Allah ke atas hambaNya ialah kerahmatan dan pengampunan dariNya..
Imam Ahmad, al-Hakim, Imam Baihaqi dan selain mereka pernah meriwayatkan hadis dari Abdul Rahman bin ‘Auf Radiallahu’anha, katanya: " Suatu hari aku telah mengikut Rasululah Sollallahu’alaihiwasallam dan aku melihatnya masuk ke sebuah kebun yang berada di dalamnya pohon kurma. Aku mengikutnya lalu aku mendapati Baginda Sollallahu’alaihiwasalam sedang sujud –sujud di atas tanah-. Aku menunggu Baginda Sollallahu’alaihiwasallam. Nabi memanjangkan sujudnya dan memanjangkannya lagi sehingga aku menyangka roh Baginda Sollallahu’alaihiwasallam telah dicabut oleh Allah Taala. Maka, aku pergi kepada Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam untuk melihat keadaan Baginda Sollallahu’alaihiwasallam. Lalu Baginda Sollallahu’alaihiwasallam mengangkat kepalanya seraya bersabda; " Mengapa kamu wahai Abdul Rahman". Aku berkata: "Engkau meletakkan mukamu di sini sangat lama, aku takut sekiranya rohmu telah dicabut, lalu aku berkata pada diriku; aku tidak akan dapat melihat Rasululah Sollallahu’alaihiwasallam selama-lamanya selepas ini". Baginda pun bersabda " Sesungguhnya telah datang utusan dari Tuhanku lalu dia berkata, hendakkah aku berikan kepadamu satu khabar gembira? Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepadamu; sesiapa yang berselawat ke atasmu dengan sekali selawat, nescaya Alah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat".

Rasulullah membuktikan kecintaan kepada umatnya sehinggakan Baginda Sollallahu’alaihiwasallam sujud dan meletakkan mukanya yang mulia di atas tanah tanpa hijab. Baginda Sollallahu’alaihiwasallam memanjangkan sujudnya tanda syukur kepada Allah . Mengapa wahai ikhwah dan akhawat sekalian? Bukanlah kegembiraan Nabi Sollallahu’alaihiwasallam kerana selawat ke atasnya, akan tetapi kegembiraan Baginda Sollallahu’alaihiwasallam kerana ganjaran yang dikurniakan ke atas umatnya iaitu balasan selawat Allah Taala ke atas kita sekiranya kita berselawat ke atas Baginda Sollallahu’alaihiwasallam.

Mengungkapkan berbanyak-banyak selawat ke atas baginda adalah salah satu cara untuk menzahirkan perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam. Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati, apabila kita mengadakan majlis-majlis dengan memperbanyakkan di dalamnya selawat memuji Nabi Sollallhu’alaihiwasallam. Apa salahnya melahirkan rasa cinta kita kepada Insan yang diperintahkan oleh Allah supaya mencintaiNya? Suatu hari sahabat bertanya Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam; "Mengapa kamu berpuasa pada hari Isnin?", Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam menjawab; "Itulah hari aku dilahirkan"

Semoga Allah menanamkan dalam hati kita perasaan cinta kepadaNya, kepada Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam dan kepada sesiapa yang mencintai Allah dan RasulNya Sollallahu’alaihiwasallam. Amin

Isnin, 26 Mei 2008

KEPENTINGAN USRAH DALAM GERAKAN ISLAM

Tonggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.

Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.

DEFINISI USRAH

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

TUJUAN USRAH

Antara tujuan usrah ialah;

1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Taala.
2. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
3. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
4. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan seharian.
5. Berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6. Sentiasa dapat bermulazamah dengan al-Quran dan al-Hadis.
7. Membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
8. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
9. Merapatkan ukhuwwahdan kasih sayang dalam kalangan anggota.
10. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
11. Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
12. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
13. Membuka saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi. Sistem usrah yang digunakan boleh mewujudkan sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
14. Menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
15. Memahami peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemanas, pemurah, penakut, lembap, gopoh dan sebagainya.


RUKUN USRAH

1.Taaruf

Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.

Oleh itu, taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Taaruf ini hendaklah daripada dua belah pihak-memberi dan menerima.

Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulannya.

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

Sabda Rasulullah sollallahualaihiwasallam Dalam hadis yang lain;
” Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya”

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”

2. Tafahum

Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.

Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantaap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.pabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka

3. Takaful

Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong-menolong dan bantu-membantu dikalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa sahaja suasana yang memerlukan bantuan normal dan material samada bersifat peribadi mahupun keluarga. Oleh itu, saudara hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwwah sejati. Saudara hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar tanpa apa-apa berita dan pembelaan.

Renunglah Hadis Rasulullah mengenai kelebihan perkara tersebut-bermaksud;
” Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku,”

Sabtu, 24 Mei 2008

Tulisan Dr.Sanusi Daeng Mariok

HARAKAH ISLAMIAH: Perlunya ujian…”
Firman Allah SubhanahuWaTaala maksudnya:
“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga Tuhan sedangkan kamu belum diuji sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari kamu yang telah diuji”
PERGERAKAN ISLAM dari dahulu hingga sekarang telah melalui pelbagai detik ; kadang-kadang ia melalui detik cemas yang mencabar keimanan dan menuntut pengorbanan, juga terdapat ketika ia mengalami zaman tenang seolah ‘berseronok-seronok’.
Dari keadaan-keadaan tersebut maka kita perlu merungkai semula tentang strategi, uslub, kedudukan dan masa hadapan pergerakan Islam. Apa yang sangat jelas, sejak Adam alaihissalam hingga kepada Rasulullah Sollallalahualaihiwasallam pergerakan Islam mengalami satu keadaan, iaitu ciri-ciri tribulasi.
Inilah gambaran ciri-ciri perjalanan pergerakan Islam yang paling betul dan wajib pula ianya menjadi ikutan dan diberikan sokongan. Rasulullah Solallallahualaihiwasallam sebagai pembawa risalah yang agung telah mengalami tribulasi yang maha hebat. Pergerakan Islam akan ditentang sengit jika seruannya untuk mendaulatkan Islam sepenuhnya dan setulennya
Tepatlah kata Syed Qutb,
”Kalau Islam menjadi ’ahwal syakhsiyyah’ (urusan peribadi), maka, Pembawa Islam dan Islam tidak ditentang”!
Di sini ada dua keadaan dalam memperjuangkan Islam:
1) Islam wajib diperjuangkan supaya berdaulat kepada umum.
2) Islam juga mesti diperjuangkan secara tribulasi.
Jalan perjuangan Islam penuh dengan ranjau. Tidak mungkin memperjuangkan Islam tetapi senang ‘tidur’.
Telah menjadi fitrah dan sunnatullah bahawa setiap masa dan keadaan akan sentiasa berlaku pertembungan antara hak dan batil. Oleh itu, pejuang tidak perlu merasa kecewa kerana tribulasi yang dihadapi.
Tribulasi seperti inilah menjadi syarat-syarat yang ampuh dalam proses pentamrinan, proses pengkaderan, serta dalam usaha meletakkan nilai dan juga penentu samada seseorang itu pejuang atau penyeleweng.
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menyebut:
” Iman dan keimanan pada diri seseorang diibaratkan sebagai akar umbi pada sesuatu pokok sementara taufan adalah tribulasi. Orang-orang yang imannya kukuh dan teguh walaupun dilanda taufan maka sementara waktu ia bergoyang sedikit tetapi selepas itu ia mantap semula malah jauh lebih indah dan hebat dari sebelumnya”.
Sebagai pergerakan aqidah yang menjadi landasan maka, bersama-sama dengan keimanan, sikap serta perhitungan yang teliti juga perlu. Jiwa yang tidak teliti serta kurangnya perhitungan maka pejuang terjebak dan menjadi mangsa kepada suasana dan terus menyeleweng dari tabiat tabii gerakan Islam itu. Kes seperti Hassan Turabi di Sudan yang telah meninggalkan Ikhwanul Muslimin dan menyertai kabinet Numeiri serta tindak tanduk Saudara Anwar Ibrahim dengan slogan ’membaiki dari dalam’ telah menghujahkan realiti tersebut. Imam Khomeini ketika diwawancara dan kenyataan telah disiarkan dalam sebuah majalah di Iraq telah menyebut;
”Sejak jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah sampai sekarang tidak sedikit pejuang Islam yang bangun dan terkorban. Namun begitu, belum pernah mana-mana perjuangan Islam itu benar-benar berjaya”.
Kegagalan-kegagalan tersebut bukannya kerana Islam itu tidak benar atau harakah Islam tidak betul, atau pejuangnya tidak mahu berkorban tetapi ada silap dalam perhitungan dan cara perjuangan. Menurut Imam Khomeini, Islam adalah aqidah maka ianya wajib diperjuangkan di atas tapak aqidah dan adalah sangat mustahil islam itu diperjuangkan di atas tapak-tapak yang lain seperti tapak kebangsaan, kapitalis, sosialis dan komunis. Sebabnya Islam itu sendiri bertentangan dan tidak berkompromi dengan dasar-dasar tersebut dalam perkara prinsip.
Ini adalah satu dasar yang penting seharusnya menjadi perhitungan bagi mengatur langkah pergerakan. Perjuangan tidak di atas tapak aqidah samalah seperti memelihara ayam dan musang.
Sesunguhnya prasyarat ke arah kejayaan pergerakan Islam adalah sangat penting. Di sana ada tiga syarat yang perlu dihitung dan diperhatikan;
1) Mesti ada generasi yang dibentuk oleh harakah secara terperinci.
Pandangan ini jika dilihat dalam Sirah Nabawi adalah sangat penting. Generasi pertama al Jilul awwal yang telah di tarbiah selama tiga belas tahun pada zaman Mekah dengan melalui tekanan-tekanan dan ujian-ujian akhirnya berjaya mendaulatkan satu ummah dalam sebuah Daulah Islamiah di Madinah al-Munawwarah.
Adalah amat tidak mungkin wadah Islam mengharapkan orang-orang lain yang keluar dari wadah bukan Islam untuk memperjuangkan aqidah dan cita-cita Islam.
Kalau-kalaupun ada maka terjadilah lompat-melompat!
Dr. Bapak Muhammad Nasir, seorang pemimpin Islam terkenal di Indonesia menyebut beberapa jalan untuk pergerakan Islam mencapai kejayaan antaranya;
1) Bila keimanan masuk kedalam lubuk hati pemerintah.
2) Apabila keimanan berpindah ke tangan golongan orang-orang yang beriman.
Cara yang pertama adalah mudah tetapi tidak pernah berlaku!
Cara yang kedua adalah realitinya lebih benar sebagai sunnatullah dalam medan gerakan Islam.
2) Keseragaman pandangan terhadap Dinul Islam
Dalam jemaah atau individu semuanya adalah dipandang bermanfaat kerana setiap individu mempunyai kemampuan, keupayaan, kebolehan yang berbeza-beza. Antara sesama individu atau kumpulan mesti ada rasa penghormatan pemikiran dalam masalah-masalah yang tidak menyanggahi prinsip. Masalah besar yang wujud sebagai batu penghalang ialah tentang sempitnya pandangan mereka terhadap tasawwur Islam. Sesetengahnya melihat Islam dalam kacamata ibarat sahaja. Sesetengahnya pula menyokong perjuangan Islam kerana ikut-ikutan atau di atas dasar merajuk mungkin kerana tidak mendapat habuan yang sejati.
Dr. Muhammad Yasir dalam bukunya Fiqhud Dakwah menyebut;
“pendakwah hendaklah menyampaikan seperti mana seadanya jangan dihias-hias atau jangan dipelaga-lagakan kerana Islam itu bukan barangan palsu dan jangan pula disorok-sorok kerana islam itu bukan barang larangan.”.
Selain itu, peribadi pendakwah perlu dijaga jangan sampai menjadi penjual landak dan jangan melandakkan Islam.
Bukan sahaja orang tidak mahu membeli landak yang di jual bahkan orang ramai akan dicabut lari!
3) Berusaha menghapus atau meringankan tribulasi
Tribulasi adalah menjadi faktor penting dalam memantapkan keimanan perjuangan tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi takdir yang melambatkan arah pergerakan Islam itu sendiri.
Banyak bentuk-bentuk tribulasi yang dihadapi-ketidakseragaman dalam pemikiran yang meyakini Islam sebagai ad-Din wad Daulah selain dari tribulasi diluar pemikiran itu sendiri.
Bagaimanakah halangan-halangan ini boleh mempercepatkan arah gerakan?
Begitupun, hakikatnya bahawa perjuangan Islam tidak pernah gagal. Akhirnya adalah menjadi peringatan yang penting samada kita menang atau syahid dan kedua-duanya adalah kemenangan yang besar.
Inilah bentuk tarbiah yang ditanamkan dalam pemikiran generasi yang telah melahirkan satu ummah yang unggul dan mulia kerana Islam
Semoga Allah akan memberkati dan mencucuri kepada kita dengan istiqamah, kekuatan iman, kemantapan sikap dalam mengharungi badai perjuangan terutama dalam saat-saat Islam dan pejuangnya berdepan dengan tribulasi yang menggoyahkan aqidah.
Insyaallah, kemenangan semakin dekat syarat usaha mesti digandakan.

Jumaat, 23 Mei 2008

AKU, KAU BERBEZA ...AKU, KAU ISTIMEWA ...
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,
ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurgayg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasadi bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.."Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Ahad, 18 Mei 2008

CARA SYAITAN MENELANJANGI KAUM HAWA..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian
orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa
Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-
sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayanya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama , telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran:
Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

KALAU PEREMPUAN TIDAK BOLEH MEMASAK

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikatsuami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumah tangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game dikomputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah boleh, mengimam satu taman perumahan pula.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yangmenjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged! menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.