Jumaat, 27 Februari 2009

hanief..




kenaikan harga toL dibatal kn?

Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.

Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan hingga akhir tahun ini ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.




Mohd Zin mengumumkan kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

kalau tak kerana pilihanraya dah dekat,mesti kenaikan harga tol ni tak dibatalkan...

malaysiakini

Ahad, 15 Februari 2009

Rakyat digesa cantas pemimpin yang jahanamkan negara

IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Sambil mempersoalkan apakah kesalahannya sehingga perlu dilucutkan jawatan, Ustaz Abdul Hadi berkata, kalaupun mahu Nizar diberhentikan juga, hendaklah tindakan yang diambil itu menurut undang-undang.
"Jangan rompak di tengah jalan, jangan rampas begitu sahaja," tegasnya semasa berucap di hadapan lebih 30,000 orang dalam majlis ceramah perdana di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, dekat sini, baru-baru ini.
Ucapan Ustaz Abdul Hadi pada malam itu begitu bersemangat sekali, disulami dengan teriakan takbir yang bergemuruh. Hadirin kelihatan terpaku dengan hujah-hujahnya, terutama apabila beliau banyak mengkritik tindak-tanduk pemimpin tertinggi Umnno, khususnya Dato' Seri Najib Tun Razak.


Turut berceramah, selain Nizar, adalah Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. "Pemimpin Umno dahulu ada juga sedikit segan silunya, sekarang kebanyakan mereka sudah tidak ada harga diri," ujarnya.
Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kerajaan BN di Perak yang dibentuk selepas menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah sebagai sebuah "kerajaan penyamun".
Beliau kemudiannya bertanya hadirin: "Apakah rakyat bersedia menerima kerajaan perompak ini?" Secara spontan dijawab oleh puluhan ribu orang ramai yang memenuhi perkarangan rumah rasmi Menteri Besar Perak itu: "Tidak!"
Presiden PAS melahirkan rasa bangga kerana dapat melihat rakyat Perak, daripada pelbagai kaum dan agama, berkumpul untuk menentang BN yang disifatkannya sebagai "zalim, tidak ada maruah dan harga diri".
Merujuk kepada peranan Najib dalam usaha tidak bermotal menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak, Ustaz Abdul Hadi berkata: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."
Beliau menggesa seluruh rakyat bangkit secara aman bagi menuntut keadilan.
"Malam ini kita bersatu di Ipoh, esok di Kuala Lumpur, seterusnya di seluruh Malaysia bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan," tegasnya.
Ustaz Abdul Hadi berpesan agar diselamatkan bahtera negara yang kini, baginya, berada dalam bahaya: "Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama,"
Di akhir ucapannya, dengan nada lantang, beliau menyeru agar rakyat bersama-sama segera "mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara". - azm_


Harakahdaily

Jumaat, 6 Februari 2009

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan


PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu./wann _

harakahdaily

Ahad, 1 Februari 2009

Keberanian dan Ketegasan Erdogan - PM Turkey

copy paste : merentas benua

APA yang berlaku sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzeland semalam dimana Perdana Menteri Turki, Tayyip Recep Erdogan meninggalkan sidang forum itu kerana berang dengan sikap Presiden Israel, Shimon Peres dan pengenalian berat sebelah sidang itu sekurang-kurang mampu mengubatkan sakit hati umat Islam seluruh dunia atas kedurjanaan Israel yang menyerang Gaza selam lebih tiga minggu lalu.



Erdogan bertindak meninggalkan sidang berkenaan apabila beliau tidak diberikan masa secukup dan dilayan tidak adil oleh pengerusi forum, David Ignatius, penulis Washitong Post. Jelas masa untuk Erdogan membalas hujah Peres tidak sampai separuh daripada masa diperuntukan kepada presiden Israel itu.

Bagaimana dalam kesempatan itu Erdogan sempat melemparkan peluru kerasnya kepada Peres dengan mengatakan Israel membunuh rakyat Palestin sebagai membalas penafian Peres yang menegakkan benang basah Israel tidak berbuat begitu.

Tahniah dan syabas kepad Erdogan kerana sikap tegas dan berani itu. Mungkin dunia barat yang bersekutu baik nyata atau tersembunyi dengan tindakan Israel mengganyang Gaza itu akan menuduh Erdogan tidak gentleman dan kurang beradab kerana meninggalkan sidang yang sedang berlangsung.

Biarlah Erdogan mereka nak tuduh apa pun, yang penting apa yang dikau lalukan itu menyeronok dan menggembirakan hati umat Islam. Terasa padan sekali Peres ditempelak sedemikian rupa. Manusia yang kurang ajar dan biadap patut diajar secara kurang ajar dan biadap juga.
Erdogan dalam bercakap mengenai isu serangan Israel ke atas Gaza menegaskan Israel membunuh rakyat Palaestin.

Apa yang Erdogan lalukan satu pembelaan ke atas kedurjanaan Israel ke atas Palestin secara terbuka dan paling berani setakat ini. Serangan Erdogan itu dikira tepat dalam sidang berkenaan yang disalurkan ke seluruh dunia. Shimon Peres yang berada kirinya dengannya juga terkulat dan malu.

Sudah padan muka Press dengan tempelakkan itu. Selaku Presiden Israel kehadiran Peres itu boleh dianggap kehadiran seluruh penjahat dan pembunuh Israel dan juga para pembunuh dari regim zionis.

Keberanian Erdogan itu lebih hebat dan berkesan daripada bom fosfour yang dilontarkan Israel ke Gaza yang membunuh lebih 1,300 nyawa itu. Pantaslah kalau ribuan rakyat Turki menyambut kepulangan Erdogan yang dianggap sebagai wira. Dunia lain juga patut puji keberanian dan ketegasan Erdogan.

Mungkin sebelum menghadiri forum tersebut bila bercakap mengenai isu kejahatan Israel Erdogan sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku. Beliau juga sudah dapat mengagak sidang itu akan berat sebelah dan bias kepada regim Israel. Namun kenapa beliau memberanikan diri untuk hadir juga kerana Erdogan ingin melontarkan kasut ke muka Shimon Peres sebagai menyambung apa yang dilakukan Muntadar al-Zehdi yang melontar kasut ke muka Gegorge W Bush.

Seperti mana kejadian yang dilakukan Muntadar itu dikenang dan menjadi sejarah yang memalukan Bush di sepanjang hayatnya, maka begitulah juga serangan langsung Erdogan ke atas Peres itu akan menjadi sejarah dan satu peristiwa yang cukup memalukan Press.
Bila mengenangkan kejadian itu menyebabkan saya tertanya apakah ada dari kalangan pemimpin negara kita berani melakukan seperti apa yang dilakukan Tayyip Recep Erdogan itu?




http://todayszaman.com/tz-web/detaylar.do?load=detay&link=165508
http://www.huliq.com/1/76900/pm-erdoghan-i-will-never-come-davos
http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=35798
http://ibrahimbaba.wordpress.com/

Menyemai Ketaqwaan Pada Individu, Keluarga & Masyarakat

Kemenangan PAS dalam PRK Kuala Terengganu bukan bererti berakhirnya sebuah perjuangan. Kejayaan ini menandakan bermulanya satu amanah dan tanggungjawab terhadap semua pendokong Jemaah ini untuk mengisi kemenangan dengan apa yang telah dijanjikan.

Islam perlu diutamakan dalam menyusun gerak kerja. Kerana itulah matlamat utama perjuangan ini diasaskan. Tidak ada perkara yang lebih penting melainkan perlunya hubungan berterusan dengan Allah Taala sebagai tanda kesyukuran kepadaNya dan tanda keikhlasan kita semua dalam berjuang. Ingatan kepada Allah perlu dipupuk dalam diri dan keluarga terlebih dahulu sehingga Nur Islam itu tampak menyerlah pada masyarakat dan negara.

Para ulama’ sentiasa mengkaji setiap susunan perintah Allah dari KalamNya yang mulia. Ilmu yang mendalam hasil kurniaan Ilahi kepada mereka menganugerahkan satu kefahaman yang jelas terhadap maksud dan kehendak dari setiap perintah Allah Taala kepada hambaNya.. Pastinya, Allah Taala sentiasa menginginkan kebaikan untuk hambaNya.




Alangkah malangnya manusia yang mengabaikan perintah Allah ke atas mereka. Tidakkah mereka menyedari bahawa Allah Taala itu Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu? Mengapa mereka bersikap untuk mengambil sebahagian dari perintah Allah Taala dan meninggalkan sebahagian yang lain? Semuanya disebabkan mereka hanya memikirkan untuk memuaskan hawa nafsu mereka tanpa berfikir panjang akibat yang bakal dihadapi hasil perbuatan yang dilakukan pada masa akan datang.

“ ….adakah kamu beriman dengan sebahagian kitab dan meninggalkan sebahagian yang lain. Maka tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukannya dalam kalangan kamu melainkan kehinaan di atas dunia, dan pada Hari Kiamat mereka akan diazab dengan seberat-berat azab, dan Allah sekali-kali tidak lalai atas apa yang kamu lakukan”

Cuba kita sama-sama perhatikan susunan ayat di bawah, bagaimana Allah Taala menyebut lafaz taqwa secara berturutan dalam tiga perintahNya:

Allah Taala memerintahkan kepada umatNya dengan qisas dalam perkara yang berkaitan dengan pembunuhan. Lalu Allah menjelaskan bahawa hasil daripada pelaksanaan ibadah ini adalah taqwa. Maka datang perkataan taqwa untuk kali pertamanya dalam susunan Firman ini;

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas dalam perkara pembunuhan; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan. Maka, barang siapa yang mendapat keampunan dari saudaranya sesuatu maka, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang dimaafkan) membayar diat kepada yang memaafkan dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah keringanan dari TuhanMu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas selepas itu baginya azab yang pedih. Dan bagi kamu pada qisas itu adanya kehidupan wahai orang-orang yang berakal, mudah-mudahan kamu berTAQWA

Kemudian Allah Taala terus berpindah kepada ayat selepasnya berkenaan dengan perintah berwasiat bagi menjamin kebahagiaan hidup sesebuah keluarga selepas kematian salah seorang ahli keluarga yang dicintai. Maka Allah Taala menyebut lafaz taqwa untuk kali kedua. Allah berfirman;

“ Diwajibkan ke atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda kematian, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan kerabatnya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajipan bagi orang yang berTAQWA

Selepasnya Allah Taala menyebut dalam FirmanNya

“ Wahai orang-orangyang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu berTAQWA

Maka datang perkataan taqwa untuk kali ketiga pada susunan FirmanNya yang tidak sampai separuh muka surat dan tidak melebihi lima ayat. Begitulah uniknya tertib ayat al-Quran sekaligus membuktikan kemukjizatannya serta menolak dakwaan bahawa al-Quran adalah ciptaan manusia.

Ketiga-tiga perintah Allah Taala dalam ayat yang disebut di atas menghasilkan satu anugerah Allah yang sangat berharga kepada hamba yang taat menunaikannya iaitu anugerah taqwa. Para ulama berkata; dalam memahami susunan ayat-ayat di atas, seolah-olah Allah Taala menginginkan taqwa ini untuk beredar pada tiga peringkat dalam kehidupan manusia.. Pertama; dalam masyarakat sehingga keamanan mampu direalisasikan di dalamnya hasil benih taqwa yang ditanam oleh pemimpin yang melaksanakan perintahNya supaya melakukan qisas dalam hukuman berkaitan pembunuhan dan kecederaan. Kedua; dalam keluarga yang memahami bahwa perintah Allah kepada mereka adalah semata-mata untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga di bawah pimpinan ketua keluarga yang bertaqwa kepada Allah. Ketiga; pada individu yang sentiasa berusaha menghayati setiap perintah Allah Taala ke atasnya atas dasar keyakinan yang ada padanya bahawa semulia-mulia manusia di sisi Allah adalah hambaNya yang bertaqwa.

Firman Allah Taala;

“ Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata. Tetapi jika kamu menyimpang dari jalan Allah sesudah datang kepadamu bukti yang nyata, maka ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana”

MENUJU ISLAM YANG SYUMUL

DI BAWAH TERAJU KEPIMPINAN ULAMA