Isnin, 26 Januari 2009

Adun Bota keluar Umno, sertai KeADILan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato' Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai KeADILan hari ini.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media yang dihantar Biro Penerangan KeADILan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Ini secara langsung meberi tamparan hebat kepada Umno-Barisan Nasional khususnya di Perak apabila hanya mempunyai 27 kerusi berbanding Pkatan Rakyat yang menambahkan satu kerusi menjadikannya kini sejumlah 32 kerusi.

Berikut adalah teks kenyataan media Nasarudin :-




Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.- azm _

sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19028&Itemid=1

Tiada ulasan: