Rabu, 2 Februari 2011

Ahmad sambung nyawa Pak Rosli

Sumber : Buletinonline

- Pelantikan baru tidak kukuhkan UMNO
KUALA TERENGGANU – PAS tidak melihat pelantikan baru beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan memperkukuhkan kembali parti itu yang sebelum ini mengalami pergolakan dalaman.

Bahkan, perlantikan Dato' Rosli Hassan sebagai Pengarah Strategi, dilihat umpama 'menyambung nyawa' politik kepada beliau yang sudah dianggap 'lupus tempoh'.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pemilihan Ahmad Razif Abdul Rahman, Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Za’abar Mohd Adib dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang tidak membawa perubahan.

Sebaliknya kata Mohd Nor, rombakan kecil itu akan menyebabkan luka dan pergolakan dalaman UMNO Terengganu lebih parah berikutan berlakunya politik cantas dalam memilih individu mengisi beberapa jawatan penting parti.

“Rombakan ini menggambarkan politik cantas dalam UMNO apabila menghilangnya muka orang yang mempunyai hubungan baik dengan bekas Menteri Besar dulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pe-ngumuman pelantikan baru melibatkan beberapa jawatan penting dalam parti di peringkat negeri oleh Pengerusi Badan Perhubu-ngan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Pelantikan tersebut melibatkan jawatan Bendahari disandang Za’abar (sebelumnya Datuk Abdul Rahin Mohd Said) dan Ketua Penerangan dipegang oleh Ahmad Razif (sebelum ini Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek).

Jawatan Setiausaha masih kekal disandang oleh Tengku Putera yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu manakala Ketua UMNO Bahagian Dungun, Rosli pula dipilih mengisi jawatan baru iaitu pengarah strategi.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong mendakwa, beliau percaya pengisian jawatan itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan individu sebaliknya kepentingan kroni semata-mata.

Sehubungan itu katanya, UMNO Terengganu tidak akan pulih daripada masalah yang mereka hadapi dan rombakan kecil itu langsung tidak membimbangkan Pas dalam usaha membentuk kerajaan di negeri ini pada pilihanraya akan datang.

“Sebaliknya ia memberi kelebihan dan lebih mudah untuk kita tawan semula Terengganu, peluang PAS di sini nampaknya sangat cerah, untuk kembali memerintah” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli menyifatkan Ahmad mengamalkan siaft pilih kasih dan 'kronisme' apa melantik Pak Rosli.

Beliau berkata, diketahui umum, Pak Rosli adalah kawan baik Ahmad dan beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan oleh Ahmad sebelum ini.

"Semua orang tahu, Pak Rosli adalah kawan baik Ahmad Said, dulu Ahmad pernah lantik beliau, sekali lagi kini Ahmad mengamalkan 'kronisme' dan pilih kasih,"kata Wan Hassan ketika dihubungi

Beliau yang juga ADUN Sura berkata, tindakan Ahmad itu pasti menyebabkan perpecahan dikalangan Umno Dungun semakin melebar.

Katanya, beliau dimaklumkan, Pak Rosli bukanlah tokoh yang popular dan disenangi ramai. dikalangan ahli-ahli Umno Dungun.

Selasa, 25 Januari 2011

Habis elaun untuk berkhidmat kepada masyarakat

Sumber : buletinonline

- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi

KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,



11500 pemuda bakal gegarkan himpit di kuala nerus


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) optimis seramai 11500 orang ahlinya dari seluruh negeri akan memeriahkan program tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT), Februari depan.

Setiausahanya, Wan Ahmad Faizul Wan Abas berkata, program tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dengan anggaran kehadiran dijangka melebihi tahun sebelumnya.

“sebelum ini, kira-kira 10 000 orang yang menghadiri HIMPIT yang diadakan kali terakhir pada tahun 2009.”
“Tahun ini kehadiran dijangka bertambah 1 500 orang”

(Gambar - Himpit 2009 yang mengumpulkan 10,000 pemuda PAS Terengganu)

“pemimpin tertinggi pemuda pas pusat akan hadir, begitu juga dengan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya kepadsa Sinar Harian

Beliau berkata, program yang akan berlangsung di Batu Enam, Kuala Nerus pada 11 Februari itu juga menjadi usaha untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi memeriahkan Himpunan 30 000 (H30K) yang akan diadakan di Kedah pada 19 Februari depan.

Ahad, 9 Januari 2011

PAS GANTI UMNO



Salam semua,
semoga sihat....
Program-program...jom gie blake...

Jangan lupa KONVOI bermotosikal sempena kebangkitan Rakyat di Geliga,Kemaman.
Berkumpul di perkarangan Surau Hj Zainal Abidin Sabtu,15hb Januari 2011, jam 7.30 pagi.Dapatkan T-Shirt.


DATANG JANGAN TAK DATANG,RUGI KALAU TAK DATANG TAU........