Isnin, 3 November 2008

Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu

Kemaman : Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu Ke-12 yang berlangsung pada 1 Oktober 2008 bertempat di Dewan Dato' Sri Amar Diraja, Chukai Kemaman mendapat sambutan yang baik dikalangan pimpinan parti dan ahli-ahli peringkat cawangan. Lebih 6,000 orang telah hadir dan mendengar Ucaptama yang disampaikan oleh Dato' Seri Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Ketibaan TG Presiden PAS disambut dengan acara perbarisan Oleh Unit Amal, Skuad Waja & Nisa' Negeri Terengganu disamping Pertunjukan Silat dan Tarian Singa

Ucapannya yang bertajuk 'PAS Untuk Semua : Penghayatan dan Tuntutan' telah menarik perhatian peserta untuk memahami 6 perkara utama dalam memastikan PAS menjadi sebuah parti yang dominan dan mampu menggarap perjuangan ummah sehingga PAS dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi dan nasional malah diterima umum oleh masyarakat antarabangsa.






Kesan daripada pergolakan yang berlaku dalam UMNO sekarang, sudah ada dikalangan ahli UMNO yang menyertai pakatan rakyat.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,"

“walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada UMNO sekarang,”kata beliau. Kira-kira tiga minggu yang lepas 200 orang telah menyerahkan borang dan meninggalkan UMNO di Johor.

Malangnya pada hari ini Utusan didalam akbarnya dengan jelas terlah memutar belit dan mereka cerita yang tidak disebut didalam sidang akhbar bersama TG Dato' Seri Presiden :
KEMAMAN 1 Nov. _ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Selanjutnya [Klik Disini]

Sepanjang sidang akhbar tersebut berlangsung tidak pernah TG Presiden menyatakan 'tidak bersetuju' malahan akan mendengar isu tersebut daripada rakan-rakan di Selangor.

Perwakilan pemuda menegaskan agar semua ahli parti tidak termakan dengan mainan saraf UMNO walaupun mereka mengizinkan parti untuk menyewa dewan sempena ijtima' kali ini. UMNO dibawah kepimpinan Ahmad Said kelihatan licik memanipulasi ruang yang diberikan kepada PAS agar semua rakyat dan penyokong PAS merasa selesa dibawah kepimpinan mereka.


TG Presiden

Menyampaikan Ucaptama Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Ke-12
Persembahan Silat
Memeriksa Perbarisan
Tarian Singa



sumber :http://dunsura.blogspot.com/

1 ulasan:

Pemuda Tawau berkata...

Assalamualaikum..

Saya admin blog dewan pemuda pas kawasan Tawau,Sabah ingin memaklumkan kelahiran blog dari pihak kami.

Sila rujuk http://pemuda-tawau.blogspot.com/

Sebarang teguran, cadangan dan kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Admin
Blog Pemuda Tawau