Isnin, 22 September 2008

LemaNG



Assalamu'alaikum wbt...
Hai....knp la aku tibe2 nk cite pasal Lemang...tp sblm tu aku nk bual kosong dulu sbb aku tengah tension gilo nie....tension sgt2...tension sbb esok aku kne pegi intebiu ngn Kementerian kesihatan,tp sikit pn aku xbuat persiapan..baju xdk...kasut xdk..mati la cmnie...emm...tawakkal je la...klu ade rezki,mujur & Alhamdulillah...time bulan pose ni,aku duk kt umh ni asyik pk nk makan mcm2...(mase siang la...almaklum la,tgh tanam anggur;p)..aku ni makan je pandai..aku rse aku ni mmg xde bakat memasak lgsung...tu kdg2 aku rase mcm nk cari bini je ni....nk suruh basuh baju aku,masak ngn basuh pinggan..hahaha....aku mmg ckup mls bab basuh pinggan ni...kt umh aku,kt sink aku dh penuh ngn pinggan,tp aku dgn slamber pegi basuh pinggan yg aku nk pakai je...pinggan yg lain tu aku biar je sampai 3 4 minggu..hahaha......mmg mls thp dewe kpd ank dewe kpd tokki dewe la aku nie....buruk betul perangai..kpd pembaca pompuan,jgn cari laki mcm aku ni...xde mase dpn lgsung...menyusahkn mak bapak je...hehe..
Aku ni mmg pemalas giler la wa ckp lu...kalau dalam umh plk aku ckup mls nk menyimpan..menyapu &vukuum 2 jauh skali...ish...ape nk jd la aku ni...kdg2 kalu aku jln dlm umh rase mcm jln ats tanah lok...kalu aku tiru budaya pakai kasut dalam umh,mst tumbuh pokok dlm umh..ape nk jd la ngn umh aku..mende ape yg aku rajin aku sndiri pun xtahu...smuenye malas...tu aku rse aku kne cari bini yg rajin tu....hehehe..
Ok kite balik cite psl Lemang plok...Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yg sgt aku suke...tiap2 tahun,ayh aku buat Lemang sehari sblm raya...mmg best giler mkn Lemang..kt kampung aku,Lemang biasanya dimakan bersama dgn gulai & kuah nasi lemak...kt lain aku xtahu la cmne...tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun lerek(kt tempat lain guna daun pisang je...) sebelum dibakar sehingga masak.bareh...2 je...mengarut je lebih..skrg ni aku nk bg resepi Lemang kpd pembaca2 blog aku...hehhe...

RESEPI LEMANG:-

Bahan-Bahan

  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji nyior (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulong daun lerek dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun lerek dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.(klu xrata,yg keras bg kt org mude,yg keras bg kt org tue yg xde gigi;p)
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.
SELAMAT MENCOBA:)!!

malaysianews>haniefblogspot

video

Sabtu, 20 September 2008

Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Harap maaf,laman ini mengalami mslh teknikal...

Selasa, 16 September 2008

Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.


Iklan




Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.

Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.

ImageMenurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

ImageTurut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

(Bagi pembaca yang ingin menghulur bantuan, untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan termasuk keluarga mangsa ISA, sempena Ramadan ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.)_

Isnin, 15 September 2008

Bic@r@ pREsiDeN

Penahanan Raja Petra, Teresa dan Tan memburukkan lagi rekod kerajaan

PAS memandang serius beberapa siri tangkapan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari semalam.









Dalam suasana negara baru sahaja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51, PAS merasakan sepatutny pihak kerajaan sudah mula bergerak ke arah melupuskan sama-sekali akta zalim warisan penjajah ini.

Penahanan penulis dan pengkritik masyarakat Raja Petra Raja Kamarudin di bawah ISA hanya akan memburukkan lagi rekod kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

PAS merasakan sekiranya Raja Petra didapati telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang maka tindakan yang sewajarnya terhadap beliau adalah mendakwanya di mahkamah yang terbuka bagi mana-mana kesalahan yang dilakukannya dan tidak dengan menggunakan ISA.

Dalam waktu yang sama PAS turut mengutuk mana-mana pihak samada dari kerajaan atau pembangkang yang mengambil kesempatan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan sehingga mencetuskan keresahan dan pecah-belah di kalangan masyarakat.

Mereka ini seharusnya diambil tindakan berdasarkan mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada dan diberikan peluang membela diri di mahkamah.

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan kekeruhan dikalangan masyarakat. PAS turut ingin menasihatkan pihak polis dan kerajaan agar memastikan yang kestabilan negara dan keharmonian masyarakat terus kekal dalam negara kita yang tercinta ini.

PAS turut merakamkan simpati kepada keluarga Raja Putra, wartawan Sin Chew Daily News Cik Tan Hoon Cheng dan ahli Parlimen Seputeh/ ahli EXCO Selangor YB Teresa Kok, semoga mereka dan ahli keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini./wann

Presiden PAS
Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
(13 September 2008)_

Ahad, 7 September 2008

fadhilat Ramadhan

Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2 Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3 Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5 Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."